Monday, April 14, 2014

MuQaddimah 2014 M / 1435 H

Fuhh..fuhh..fuhhh..fuhhhhhh ~~

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. 

Apa yang di fuh fuh fuh kan Ukhti tadi tu? halau hantu ke? eh eh eh..mana ada. habes tu? ooh yaa, setelah sekian lama Ukhti tinggalkan blog ni sampai bersawang dan berhabuk dan bersawang dan berhabuk kembali. Lama sangat dah tak jenguk blog ni, hampir 3 tahun tak silap Ukhti. Post lama pada tahun 2011 dan sekarang dah tahun 2014. Allahu Akbar! cepat nya jam berputar. jam pun dah bertukar2. cepat masa berlalu. Alhamdulillah, Ukhti masih berkesempatan meng'update' blog. Ukhti pun dah makin meningkat remaja, makin bertambah umur, makin meningkat dosa. 

Lucu, lawak, kelakar, 
Bila Ukhti baca post-post yang lalu. Banyak makna yang tersirat lagi tersurat apatah lagi tersorok.

Allah..Allah..Allah...
pantasnya waktu. Ukhti dah lepas UPSR, PMR, SMRAMM, SPM. Sijil-sijil besar zaman persekolahan. 
teringat zaman sekolah, mula berkenalan dengan sahabat-sahabat. suka duka bersama. betullah cakap orang, masa zaman sekolah nak sangat cepat-cepat habes sekolah. Dah habes sekolah, nak masuk sekolah balik. manusia manusia. haihhh ~

sampai sini saja MuQaddimah 2014.

Yang Menaip
بنت ازرين
15 April 2014 M
15 Jamadil Akhir 1435 H

Wednesday, December 14, 2011

Denyutan Kata Hati dikala malam

"Allah! Allah! Allah!"

itu saja yang mampu terucap di bibir ana..result PMR sudah nak tubik nih. Gena ni.??! Berdebar debar jantungku...Ya Allah! macam-macam difikiran ana, nak diluahkan...hmmm, kat sapa?! FaceBook?! wat status, delete..wat status, delete..ana rasa serabut ja ana letak status kat FB..senang-senang bangun malam, Allah kan ada...24 jam duk perhatikan kita, cuma kita ja yg tak sedar..Allah Maha Melihat lg Maha Mendengar...hmm,malunya rasa bila ngadap Allah, terkenang banyak dosa yg kita buat..tapi Allah tetap kurniakan kita rezeki 24 jam..Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah...T.T

Wednesday, October 19, 2011

Kerana aku wanita



kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami

Saturday, October 15, 2011

Hati tertanya......


Hari ini hatiku bertanya, mengapa kelakuan mereka sebegitu?
dan aku terdiam sejenak...
Hatiku bertanya lagi, apa aku juga seperti itu?
Allah saja yang tahu..

Perlukah aku mendekatinya?
Perlukah aku menegurnya?
Perlukah aku menasihatinya?

aku diam buat seketika lagi...
aku teringat sabda Nabi SAW :

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”
(Mutafaq ‘alaih)

Hmm, maybe aku perlu berfikir terlebih dahulu sebelum mengambil tindakkan..
dan akan ku hiasi diri ini dengan kesabaran...

Friday, October 14, 2011

HusnuZhon Wa la' SuulZhon


Ada sangkaan BAIK..dan ada sangkaan BURUK..
~Orang beribadah disangka riak
~Orang yang “relax” disangka malas
~Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
~Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
~Orang makan banyak disangka pelahap
~Orang makan sikit disangka “diet”
~Orang baik disangka buruk

Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu..
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana tahu..
Yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu..
Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya

Mana tahu.
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana tahu..
Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah

Friday, August 26, 2011

Adakah kita kan bertemu lagi..??

Aku lihat Ramadhan dari kejauhan...lalu aku sapa ia.."Hendak kemana?" Dengan lembut ia berkata "Maaf, Aku harus pergi..mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang bernama Mukmin..Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya..peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa. Itupun Syawal..ia sudah tiba.." Ku lihat Ramadhan pergi jauh..........Ya Allah, apakah aku kan berjumpa lagi dengannya...?? '

Wednesday, August 24, 2011

Falling Away


Everytime..
I feel you close to me..
I dunno..
Who I'm supposed to be
Just gimme a change,
Cause I dont wanna slip away,
Gotta keep you in my heart,
Leaving all my ways...

So many time I feel you in my heart,
And I just wanna take it from the start,
So please hold my hand today,
Cause I can feel it Falling Away..

Allah will show me the way...
Cause I dont wanna slip away,
Falling Away..

Every soul is walking back to you,
I wanna run,
What I'm supposed to do..
Your helping hand I need everyday,
There's something I can do..

So in Heaven I can stay,
I walk around the city
In the middle of the night
But nothing impresses me
Till I open my eyes

A dome in its majestry
A minarest rising high
It's a place for me that everyday
I'll go to keep from falling away...

Ciptaan Allah


Keindahan alam terasa..
Pepohonan yang menghijau..
Laut biru yang meluas..

Terdengar kicauan beburung..
Ikan-ikan berenangan..
Bertasbih memuji Tuhan..
Mengagungkan Kudrat Pencipta..

Itulah secebis ciptaan..
Tanda kebesaran dan kekuasaanNya..
Betapa tidakkan terhitung..
Nikmat yang Allah kurniaankan..

Walaupun syukur hambaMu..
Persis pepasir dipantai..
Lihatlah mentari terang menyinari bumi..
Purnama indah bercahaya dimalam yang gelap gelita..
Kerlipan bintang dilangit penunjuk jalan pengembara..

Malam yang tenang dan damai..
Menggamit rasa syukur yang tidak terhingga.......
SubhanAllah! Alhamdulillah!