Ku sangka ianya seketika..
sesuatu yang dilihat dengan mata kasar itu indah,hebat dan menyenangkan tidak semestinya menggambarkan keadaan yang sebenar ~ اللهم جعلنا من الصالحين
Tuesday, August 23, 2011
Tidak Seindah Sangkaan Hati
Ku sangka ianya seketika..
Thursday, August 11, 2011
Khas buat Ukhti
Friday, August 5, 2011
Aku Merinduimu.....

Ya Allah...
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu
Ummi Abi....
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di qalbu...
Ya Allah...
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju
Sunday, July 31, 2011
Ramadhan Kareem

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Friday, July 29, 2011
Mari Mengenal 4M
Moga kita benar-benar menjadi seorang Muslimah, seorang Mukminah,seorang Mujahidah, seorang Muslihah dan kuat dalam mempertahankan akidah dan agamanya sebagaimana Sumayyah Ummu Ammar, isteri kepada Yasir!
Wednesday, July 27, 2011
Sekali lagi buatmu Diri
kerana kedua2nya amatlah berbeza...
Friday, July 15, 2011
Muslimah Sejati Ibarat Pohon Semalu

Tika dahulu kala, ada seorang pemuda bermadah kepadaku, "Muslimah Sejati ibarat pohon semalu,............" dan aku tertanya-tanya, apa maksudnya...diriku terdiam sejenak, sekarang baru aku tahu apa itu erti disebalik madah tersebut...terima kasih Akhi S ...disebalik kalam, tersembunyi sesuatu yang indah buat wanita dan juga buat diriku... = )
Sayidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslimah.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Insya-Allah.
Thursday, July 7, 2011
Susah Dulu, Senang Nanti
Friday, July 1, 2011
Lelaki Idamanku....

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa halus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kercergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya…
Lelaki Idamanku....(II)

Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya
Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah
membangkang kemungkaran
dan dia lantang
menyuarakan kebenaran
Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa
untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia
Biarlah dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya
memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya
dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah.
Kalaulah Mayat Berkata Kata
Semoga kita insaf dan menjadi ia satu pengajaran. InsyaAllah...
Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang ana sendiri tidak tahu mengapa ana ditempatkan di sini. Sebelum tu?, yang ana ingat ana sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu ana tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. ana terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku
sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang.... mengucap... Asyhaduallailahaillallah........." Ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.
"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" ana amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha."
Sudah seminggu ana terlantar di wad ini, Kenapa baru sekarang abang menjengah? Datanglah ke sini, ana ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah ana sudah buta? Tidak!!!! ana tidak mahu buta. ana masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,
banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang ana tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.!
Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi,ibu.....ana tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkanlah daku. "Yassin......" .bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku. ana tahu itu suara abang. Tetapi Kenapa ana diperdengarkan dengan suara itu???
Apakah ana sudah menghampiri maut??????? ana takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. ana di ambang sakaratul maut...... ana semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,ana tidak ingat apa-apa lagi. ana tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, ana berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah ana, ana takut".
Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? ana dilambung resah, gelisah dan penuh kesah.! Keluhan dan rintihan "Panas, dahaga,haus, panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.
Nenekku datang, "Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi."
"Ayah.......kau datang ayah......." "Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang.
Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".
Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah......." ana tersentak. Roh kuberselerak di dalam tubuhku.Lalu, nnalillahi wainnailaihi rajiuun....
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk.
"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya......". "......" "Siapa yang memberi salam itu?" "ana" "Kau siapa wahai pemuda???"
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. ana tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya...... jijik, loya, ana rasa..... teramat loya melihatnya.
"Kau tak kenal ana?" "Tidak," jawabku tegas. Mana mungkin ana kenal kau sehodoh dan sejijik ini. "ana sahabatmu, kau yang membuat ana hari-hari." "Bohong!" ana menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "ana tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini."
"Akulah amalanmu yang keji.........."
ana terdiam. ana tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! ana teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh..Tuhan,ana banyak dosa. ana memang lalai, cuai dan lupa dengan segala
nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang ana harus lakukan!!!!!
Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. ana melihat kak long dan kak ngah menangis. ana juga lihat mata abah bengkak.Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk!Kenapa air ini berbau air kapur barus. "Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!!" Kenapa ramai orang melihat ana??? "ana malu.....malu.....malu......!!!!!!". ana diusung ke suatu ruang. ana lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya ana di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu ana dibungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti, tunggu!! Jangan bungkus ana. Kenapa kalian semua buat ana macam ini? Tolong... rimas.... panas........"
Kemudian ana diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi Kenapa ana disembahyangkan? Bukankah ana boleh sembahyang sendiri? ana teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru ana sedar ana sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.
ana diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. "Kotak apa ini?" ana diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. ana diusung setapak demi setapak. "Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang tapi ke mana dibawanya ana?..
Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah ana dibawanya? Tolong turunkan ana,ana takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku dan ana diturunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan", ana terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan ana dari sini!
ana seram!!!"
Kini ana berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?" "Aduh sakitnya badanku ditimbusi tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali".
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu juga benar........". sayup sayap ana terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atas ku. Terasa semakin gelap dan ......ana kini keseorangan.......
Tanda Saat Kematian
| Renungan kita bersama.... 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar. 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing. 7 hari : Mengidam makanan. 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak. 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak. 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar. Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan). Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap. Baginda Rasullullah S.A.W bersabda: |
Thursday, June 30, 2011
Sahabat

Tuesday, June 7, 2011
Twin..??


Sunday, May 15, 2011
Doa Seorang Kekasih
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Tuesday, May 10, 2011
Andai Lelaki Tahu....
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda..
Saturday, May 7, 2011
Hadiah Istimewa!
ehem2..Alhamdulillah, hari ini (08.05.11) sudah genap usiaku 15tahun..haha...Alhamdulillah, Allah masih panjang kan umurku..di FaceBook, ghama oghe wish tuk ana..tim0 kasih banyok wak saem hok wish tu..Barakallahufikum..! :D
benarnyo ado kek, buate mok sdaro..tp kek toksey jadi pulok..huhu sie ko ana..buke rezeki nok wat guano..dpt make nasik lemok pg td pun, Alhamdulillah..dr tok make gapo2..(slank klate doh)
sero happy arini..meme happy! KENANGAN TERINDAH!!! ado soghe Hamba Allah wat KEJUTAN tuk ana..ya Allah! syukran kathir wak dio...ana syg dio sgt2..DAIMAN FI QOLBI...
tak kan dapat ku lupakan kenangan terindah hari ini...Terima Kasih! ^___^
Friday, May 6, 2011
Hari ini.....
Thursday, May 5, 2011
Penat..!!
Monday, February 14, 2011
Contohi Sifat Matahari
Jadilah diri kamu bergerak di muka bumi ini seperti sifat matahari yang memancarkan cahaya ke seluruh alam.
Dan NUR kamu ialah iman di dalam hati, serta mendakwahkan agama dengan amal, akhlak & ikhlas seperti Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Matahari ada 3 sifat yang Allah berikan untuknya:
1- Bergerak membawa cahaya
2- Tetap berterusan bergerak
3- Tidak meminta balasan daripada setiap benda yang disinarinya.
Kita juga seharusnya bersifat begitu...
bergerak memancarkan cahaya
(memberi manfaat kepada orang lain) dan berterusan bergerak tanpa penat dan jemu. Jadikan sifat ini kerja asas dakwah, tanpa mengharapkan keuntungan semata-mata.
Sabda Nabi Nuh Alaihissalam ketika baginda bersusah payah keluar berdakwah kepada kaumnya:
وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (daripada Tuhanku). Balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.." (As-Syu'ara': ayat 109)
Sama-sama kita renung & fikirkan. Wallahu alam.
(Diolah dari kitab Malfuzat Maulana Muhammad Yusuf Rahmatullahi Alaih-siri 2)