Saturday, November 29, 2008

Pantun Nasihat

Mak Peah pergi ke sawah,
Pergi ke sawah menanam padi,
Jangan suka makan rasuah,
Nanti diri sendiri yang rugi.

Jangan diusik baba termenung,
Nanti Dimarahi oleh nyonya,
Walau ilmu tinggi menggunung,
Kalau sombong apa gunanya.

Pedas rasanya memakan cili,
Berlauk kari ikan keli,
Bila ilmu penuh dihati,
Jangan pula dengki hati.

Kemaskan buku di dalam laci,
Jangan dibuat tak endah,
Kalau malas berusaha sendiri,
Kelak hidup pasti susah.

LirikNasyid "Impian Kasih"

Impian Kasih
Album : Impian Kasih
Artis : InTeam

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi

Menjadi satu realiti.
Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku

Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami
Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan

Syurga dalam rumahtangga
Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu

Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu
Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

LirikNasyid "Sahabat Sejati"

Sahabat Sejati
Album : See You D IPT
Artis : UNIC

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

LirikNasyid "Insan Bernama Kekasih"

Insan Bernama Kekasih
Album : Nur Kasih vol.2
Artis : UNIC

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku jadikan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku katakan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bertemankan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Terukir segala resah di jiwa
Ku ucapkan salam ucapan mesradan merisik khabar berita

Masihkah ada peluang
Untukku melafaz kesyukuran
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh tuhanKu memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita

Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia
Datanglah kasihku dalam dirimu
Menghiasi ruang hatimu
Akan ku sambutnya dengan Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya
Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya Insan bernama Kekasih

Thursday, November 27, 2008

Jom Main Teka Teki

Soalan-soalannya :
1. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring, tapi tak boleh duduk?
2. Bila makan pisang, buang kulit, tapi bila makan kulit, buang apa?
3. Mana lebih tua, motosikal atau kereta?
4. Lampu apa kalau dipecahkan keluar orangnya?
5. kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura2 panjat pokok nampak apa?
6. Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan kepala. Apa itu?
7. Apakah hidupan yang masa kecil kaki 4, bila baesar kaki 2, bila tua kaki 3?
8. Negara apakah yang banjir dahulu, lepas tu baru hujan?
9. Dalam banyak2 kuih, kuih apakah yag orang makan tepi sahaja, tengahnya tak dimakan?
10. Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup?





Jawapannya:
1. Penguin
2. Buang tebiat
3. Motosikal...Sebab dia pakai tongkat
4. Lampu jiran tetangga kita. cubalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya
5. Nampak pembohongnya, sebab kura2 mana boleh panjat pokok
6. Anak mancis
7. Manusia...bila kecil merangkak, bila besar berjalan dengan 2 kaki dan bila tua bertongkat
8. Bahrain. bah tu banjir - rain tu hujan
9. Kuih donat
10. Kalau mata dia tutup, macam mana nak bedah