Tuesday, April 28, 2009

ISLAM AGAMA LEMAH LEMBUT

 AISHAH r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW barsabda:

"Sesungguhnya Allah mempunyai sifat lemah lembut dan menyukai kelemah lembutan dalam setiap perkara"

  Dalam pesanan Rasulullah SAW yg terdahulu kita diwajibkan untuk berlaku lemah lembut kepada keluarga. Adapun didalam pesan Rasulullah SAW berikut ini, kita diwajibkan berlaku lemah lembut dalam segala urusan kita. Mengapa? Kerana Allah SWT lemah lembut. kerana di dalam sifat lemah lembut terdapat perasaan cinta dan kasih sayang juga kerana Allah SWT memiliki sifat lemah lembut yg tinggi, sebagaimana yg disampaikan oleh Rasulallah SAW kepada kita.

  Dan ketika kalian menyebut kalimah 'ar-rafiq' yg bereti teman atau sahabat, apakah kalian mengetahui erti kalimah tersebut dan makna yg terkandung di dalamnya? Tidaklah semua teman atau sahabta itu 'ar-rifq' kerana seorg teman tidak mengikatmu bergaul, kecuali hanya dalam pergaulan di sekolah, contohnya. Dan seorg sahabat adalah org yg menemanimu di dalam langkah2 dan perjalanan mu ke mana pun engkau melangkah, baik itu kepada kebaikan maupun kejelekan dan ia berbeze dgn "siddiq".

  Siddiq dan rifq makna keduanya hampir sama, namun rifqi lebih tinggi kedudukannya kerana sesungguhnya ia menyayangi dan mencintimu. Siddiq mempunyai kedudukan yg sama, adapun danamai siddiq kerana ia membenarkanmu dalam perkataan dan perbuatan mu. Kita tidaj ingin menyimpan lebih jauh dari isi nasihat atau berperpanjang lebarkan perkataan dengan memisah-misahkan tujuannya.

  Sesungguhnya Allah SWT Maha kasih sayang, maka Allah SWT memberikan kepada kita kelemah lembutan-Nya yg menjaga dan meme lihara kita dalam setiap kehidupan kita, dari mulai bahagian terkecil manusia biji-bijian hingga kepada makhluk seluruhnya, dari awal penciptaan hingga selama-lamanya.

  Oleh kerana itu, kita diwajibkan berlaku lemah lembut dalam pergaulan kita dengan manusia, persekitaran, dan binatang. Hendaknya kita juga berlaku lemah lembut terhadap diri kita dalam setiap hal yg kita kerjakan dan kita tinggalkan sebagaimana Allah SWT berfirman:

  "Kita tidak beban kepada seseorang kecualai sesuai dengan kemampuannya."

  Kita harus berlemah lembut dengan sesama manusia, dari setiap jenis dan warna kulit dan yg berbeza umur. Kita juga harus bersikap yg sama kepada persekitaran yg diciptakan oleh Allah SWT untk kita dan yg mempermudah kehidupan kita. Demikian pula terhadap binatang-binatang.

  Dan kita sesuaikan kelemah lembutan ini dengan kaedah dan undang2 yg disyariatkan Allah SWT untuk kita di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Kita tidak boleh menyimpang dari keduanya, Al-Quran dan Sunnah atau meremehkannya. Kita juga harus menghukumi setiap tindakan dan perbuatan kita dengan akal dan fikiran




Friday, April 24, 2009

JAUHI SIFAT SOMBONG

RASULULLAH SAW bersabda:

"Barang siapa yg di dalam hatinya terdapat rasa sombong sebesar biji sawi, maka Allah akan mencampak kan wajahnya ke dalam neraka."

Sombong, wahai putera puteriku, adalah rasa kagum kepada diri sendiri dan merasa lebih tinggi dari yg lain. Apakah kalian mengetahui biji sawi? Tanyakanlah kepada penjual ubatan. Engkau akan dapati biji kecil dan ringan yang bentuknya tidak lebih besar daripada sebutir pasir. Barang siapa di dalam hati dan perasaan nya terdapat rasa sombong seberat biji sawi, Maka Allah SWT akan mencampakkan wajahnya kedalam api naraka.

Dalam hadis nasihatnya, Nabi Muhammad SAW mengatakan, "barang siapa yg di dalam hati nya terdpat rasa somong seberat biji sawi...." dan tidak mengatakan"dalam akalnya" kerana sumber perasaan yg pertama adalah hati. Dan sombong pada hakikatnya adalah kekosongan. Seorang ayah dengan anak nya mengunjungi sebuah kebun gandum yg butirnya sudah masanya masak.

Akan tetapi, anak tersebut lebih kagum pada butir di kebun temannya, lalu ia mendekati dan memetiknya. Sang ayah menanyakan hal yg diperbuatnya. Ia menjawab bahawa ia kagum pada butir tersebut dan menurut nya pasti akan lahir biji yg banyak dari butir tersebut. Sang ayah tersenyum, dipegang nya butir tersebut dan diramas hingga hancur. Tidak ada satu biji pun di dalam nya. Kemudian ia berkata kepada anak nya.

Wahai anakku, butir2 yg penuh dengan biji akan membuatnya semakin menunduksedangkkan butir2 yg kosong, kepalanya akan tetap tinggi.

Demikianlah wahai anak anakku, kekosongan boleh menimbulkan rasa sombong. Ada yang bertanya, apakah sampai seperti ini ganjaran bagi orang2 yg sombong iaitu akan dicampakkan wajahnya ke dalam api neraka? Sekarang kita bahas masalah tersebut dengan singkat. sesungguhnya perasaan sombong, sebagaimana telah kalian ketahui, adalah perasaan kagum terhadap diri sendiri.

Merasa bangga terhadap kehebatan diri sendiri merupakan hasil dari perasaan lebih tinggi dibandingkan dengan yg lain. Padahal, perasaan lebih tinggi tidak diperbolehkan dimiliki oleh manusia. Ia hanya milik Allah SWT. Orang yg sombong seakan akan ingin menandingi Allah dan menyerupai nama-namaNya yg mulia. Ini adalah kekafiran yg nyata.

Oleh kerana itu, benarlah yg dikatakan dalam Al-Quran:
"Bukankah dalam Neraka Jahanam itu ada tempat bagi orang2 yg menyombongkan diri?"

Sombong atau takabbur timbul kerana kenikmatan seperti kekayaan atau kecantikkan. Keduanya adalah sesuatu yg cepat lenyap dan tidak abadi. Apabila harta dipergunakan untuk berdagang, mungkin ia tidak memberikan kerugian dan mungkin pula menghasilkan keuntungan.

Dan apabila digunakan untuk membeli perkakas rumah dan sebagainya, barang2 itu akan mengalami perubahan dan kerosakan secara natural. Kecantikkan akan layu bersamaan dgn bertambahnya usia, ini apabila tidak ditimpa bencana atau musibah.

Tentang harta dan kurnia besar yg ditimpa nya, Nabi Sulaiman a.s. berkata:

"ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mengujiku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya)."

Demikian pula dgn ketampanan dan kecantikkan wajah yg dimiliki Nabi Yusuf a.s. Semua itu tidak melalaikannya. Bahkan semua itu menjadi fitnah, ujian, kesabaran dan akhirnya keselamatan baginya.

Rasulullah SAW bersabda tentang orang2 yg sombong didalam hati nya ada perasaan sombong seberat biji sawi," Allah akan mencampakkan wajahnya ke dalam api neraka," Mengapa baginda tidak mengatakan "membangkitkan nya"? Dan mengapa "mencampakkan wajahnya"?Kamu dengar ucapan orang tentang seorang yg sombong, "hujung hidungnya menghadap ke langit." Maksudnya, ia meninggikan hidungnya kerana hidung tersebut adalah anggota wajah yg paling nampak. Oleh kerana itu, mencampakkan wajahnya adalah hal yg patut. Sungguh benar yg dikatakan Rasulullah SAW. Semoga keselamatan sentiasa menyertai kalian.




Sumber : 50 wasiat Rasulullah SAW untk generasi Islam