Sunday, August 30, 2009

Pokok Ghargad/ Boxthorn (Pokok Yahudi)

TOLONG AMBIL PERHATIAN SEMUA UMATISLAM!! Hanya menyampaikan..... kalau sapa 2 yang nampak pokok Gharqad adaditanam di Malaysia nie....harap2 dapt panggil majlis suroh tebang ok....
Nama lain Africanboxthorn. Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi(di sebuah tempat)..."

Di masjid tempat aku bersolat terawih di sini, ada istimewanya kerana selepas salam kedua ada sedikit tazkirah sebelum disambung rakaat yang seterusnya. tazkirah ini taklama, cuma dalam 5-6minit sahaja, tetapi cukup memberikan pengajaran dan ilmu. malam ni, ustaz tersebut membaca sebuah hadith seperti di bawah.

hadith sahih riwayat Al-Bukharidan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi disebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad',

kerana ia adalah pokok Yahudi". dengan masa yang agak singkat, beliau menceritakan akan gementarnya puak2 yahudi tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka sekian lama mencari tapak untuk menanam pokok-pokok gharqa d ini, dan kini telah ditanam secara meluas di tanah palestin. betapa gilanya orang yahudi ini, yang menentang orang islam, tetapi dalam masa yang sama mempercayai kesahihan hadith ini. entah kenapa, hati aku teramat tertarik dengan hadith ini.


selepas solat terawih, aku masuk ke dunia cyber ini, mencari maklumat mengenai perkara berkaitan dengan hadith? tersebut. banyak artikel yang? terdapat dalam internet yang aku jumpa mengenai pokok gharqad ini, ianya juga dikenali dengan nama boxthorn. dalam banyak2 halaman internet yang paling menarik perhatian aku ialah halaman kerajaan yahudi ini sendiri di israel .


halaman ini ialah JewishNational Fund.(http://www.jnf.org/ ) dari maklumat yang ada di halamanitu, yahudi ini ada satu dana kebangsaan yahudi yang khas untuk penanaman pokok!!!bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut disamping TUJUAN UTAMAnya adalah mencari tanah untuk puak2 yahudi ini tinggal.

ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek2 lain. wallahualam la pokok apa yg ditanam sebanyak 220 juta itu. tetapi jika benar, pokok gharqab ini yang ditanam mereka, maka sahlah yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetap tetap menentang Islam."


dipetik dari : http://pekdismersing.com/portal/index.php/artikel/34-artikel-dakwah/182-pokok-gharqad-boxthorn-pokok-yahudi

Barang-barang yg TIDAK HALAL.!

BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly

> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Adab Belajar Mengikut Imam Al-Ghazali

1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan- ikut jantina
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru
5. Jangan menyangkal kata-kata guru
6. Jangan mengumpat pelajar lain
7. Jangan berbisik di hadapan guru
8. Jangan berpaling kiri dan kanan
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10. Berdiri apabila guru bangun
11 Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali
12 Rujuk guru dalam memilih ilmu

13 Jangan duduk tempat guru
14. Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya
17. Muliakan anak-anak guru
18. Selalu berhubung dengan guru
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.


Elakkan makan makanan
1. Jajan
2. Air atau makanan ada semut padanya
3. Makanan fast food seperti nuggets, burger, sosej
4. Makanan yang masam seperti jeruk
5. Otak ikan
6. Makanan yang berajinomoto
7. Makanan yang berbau busuk seperti- petai, jering dan bawang mentah
8. Air yang terlalu manis seperti air berkaibonat –air coke , pepsi,f&n

Kerap makan makanan
1. 21 kismis sehari ( 7 biji 3x sehari ) – sekurang-kurangnya 9 biji ( 3 biji 3 x sehari ) / 3 biji sekali
2. Air kacang soya sekali sehari
3. 2 biji kurma
4. 3 biji kacang pistachios sehari

Hukum Bermain Alat Muzik

Sesungguhnya mendengarkan musik dan memainkan alat musik hukumnya adalah haram. Telah diriwayatkan oleh banyak para sahabat dan salafush shalih bahwa lagu atau musik dapat menimbulkan sifat kemunafikan di dalam hati. L:agu atau musik termasuk perkataan yg tidak berguna. Allah Ta’ala berfirman:
“Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan” (QS Luqman :6).
Ibnu Mas’ud dalam menafsurkan ayat ini demi Allah yang tiada tuhan selainNya, yang dimaksudkan adalah lagu.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya akan ada segolongan orang dari kaumku yang menghalalkan zina, kain sutera, khamr, dan alat musik” (HR.Bukhari)
Rasulullah telah memperingatkan bahwa akan ada dari kaumnya ini yg menghalalkan alat musik, padahal kita melihat dari hadits tersebut perbuatan2 yg diharamkan seperti zina, kain sutera , dan kahmr juga akan dihalalkan. Jadi hukum bermain alat musik juga adalah haram.
Wallahu’alam

Monday, August 24, 2009

RAHSIA TARIKH LAHIR MENGIKUT HARIBULAN

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.



2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.


3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.



4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.



5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.



6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.




7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.



8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.



9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.



10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.



11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.



12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Bulan Kelahiran-Dr Fadhilah Kamsah

JANUARI

bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
sensitif, berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain
pendiam kecuali setelah dirangsang
agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badan sehat tetapi mudah diserang selesema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
cukup sayang kepada kanak-kanak
suka duduk di rumah
setia pada segalanya
rajin belajar dan kemahiran sosial
sikap cemburu yang sangat tinggi



FEBRUARI

berfikiran abstarak
sukakanbenda yang realiti dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpersonaliti yang mudah berubah
mudah menawan orang lain
agak pendiam, pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak jika dikongkong
suka kegiatan lasak
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka kepada benda remeh temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
pemerhatian yang tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yang bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
berkecenderungan kepada benda yang tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi



MAC

berpersonaliti menarik dan menawan
mudah didampingi
sangat pemalu dan pemendam rasa
sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sangat peka kepada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan kenang budi
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dengan hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalam bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody



APRIL

sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sangat menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yang sangat kuat
suka dapat perhatian
sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik jika tidak terkawal
berkecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
berpenyakit di sekitar kepala dan dada
sangat cemburu dan terlalu cemburu



MEI

keras hati dan degil
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
pemikiran tajam
mudah marah jika tidak dikawal
pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
perasaan yang sangat mendalam
cantik dari segi mental dan fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik ( otak kiri )
suka berangan
kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
daya khayalannya tinggi
pemikiran yang tajam
pandai berdebat
fizikal yang baik
suka sastera, seni, muzik dan melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros



JUN

berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
perangai lemah lembut
mudah berubah sikap, sangat banyak idea
bersikap sensitif
otak sentiasa aktif berfikir
sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh
sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka buat lawak dan bergurau
otak cerdas dan berangan-rangan
mudah dan pandai berkawan
orangnya sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah terkena selesema
suka berkemas
cepat rasa bosan
kurang pamerkan perasaan
lambat sembuh bila terluka hati
suka barangan berjenama
mudah jadi eksekutif
kedegilan yang tidak terkawal
siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya



JULAI

seronok didampingi
banyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki )
agak pendiam kecuali diransang
ada harga dan maruah diri
tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan
mudah dipujuk dan bersikap lurus
sangat menjaga hati orang lain
sangat peramah
emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih
berjiwa sentimental
kurang berdendam
mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan serupa kepada semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yang tajam
suka manilai orang lain dengan pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka mengenang peristiwa atau kawan lama
suka mendiamkan diri dan duduk di rumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari kesihata bahagian perut
mudah menjadi gemuk jika tak dikawal
minta disayangi
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja



OGOS

suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun, caring terhadap orang lain
berani dan tidak tahu takut
agak tegas dan bersifat berkepimpinan
pandai memujuk
terlalu pemurah dan bersikap ego
nilai harga diri sangat tinggi
dahagakan pujian
semanagt juang yang luar biasa
cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya permehatian tajam dan teliti
cepat berfikir dan berdikari
suka memimpin juga dipimpin
suka barangan-angan
berbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silat
sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
mudah mendapat penyakit
sentiasa belajar untuk relax
kelam kabut
romantik, pengasih dan penyayang
suka mencari kawan



SEPTEMBER

sangat besopan santun dan betolak ansur
sangat cermat, teliti, dan teratur
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
pendiam tetapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati
sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
banyak berfikir
daya penakakulan yang baik
otak bijak dan mudah belajar
suka mencari maklumat
mengawal diri dari selalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
sukakan sukan, hiburan, dan melancong
kurang menunjukkan perasaan
lama menyimpan jika terluka hati
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
bersistematik



OKTOBER

suka sembang
suka orang sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan dan sopan santun
kecantikan luar dan dalam
tidak pandai berbohong dan berpura-pura
mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang jika tidak diminta
suka melihat dari perspektif sendiri
tidak suka terima pandangan orang lain
emosi mudah terusik
suka berangan-angan dan pandai bercakap
emosi yang kelam kabut
daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
suka melancong, bidang sastera, dan seni
pengasih, penyayang, dan lemah lembut
romantik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat



NOVEMBER

banyak idea dalam sesuatu perkara
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
otak dan pemikiran yang sangat tajam
cara berfikir lain dari orang lain
berfikiran kehadapan, unik, dan bijak
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia
daya firasat sangat halus dan tinggi
bagus sebagai doktor
cermat dan teliti
personaliti dinamik
tidak hargai pujian
bercita-cita tinggi
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
pandai mendorong diri sendiri
berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran
mudah ambil berat terhadap orang lain
tak suka marah kecuali tergugat
pandai muhasabah diri
romantik
tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
suka duduk di rumah
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi



DISEMBER

sangat setia dan pemurah
bersifat patriotik
sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
bercita-cita tinggi
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
seronok didampingi
pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
suka bercampur dengan orang
suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai
sangat jujur, amanah, dan bertolak ansur
tidak pandai berpura-pura
cepat marah
sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
perangai yang berubah-ubah
tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
benci pada kongkongan

Friday, August 21, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Ramadhan Al-Mubarak



Ahlan Ya Ramadhan






Ahlan Wasahlan



Ramadhan Al-Mubarak.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ANA UCAPKAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM......



Saturday, August 15, 2009

Hati- Hati Umat Islam...........

Body: Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut. HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM.JANGAN LUPA SEBARKAN X G2 ANDA AKAN DOSA SEUMUR HIDUP KERANA MENDAPAT INFO TAPI X SEBARKAN...

Friday, August 14, 2009

Hubungan Luar Nikah

Syeikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin pernah ditanya tentang hubungan cinta sebelum menikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: ¿Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.¿ * Syeikh Abdullah bin Abdur Rahman al Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berhubung dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana hubungan seperti itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, perbualan melalui telefon, dan sebagainya, demi menjaga agama dan kehormatan dirinya. * Syeikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; ¿Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya.¿ (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu dibolehkan selagi tidak mendatangkn fitnah. waallahu'alam...