Monday, June 28, 2010

Tanda tanda Sesuatu Penyakit

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait
dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh
mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang
tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam
proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi.
Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan
toksin sedang berlaku... Ini juga menunjukkan badan
mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan
hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana
tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan
kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian
kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya
suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang
berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk

a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian
> kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang
berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa
hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang
toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya
berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada
udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku

di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita
memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan
lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman
yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat
besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu
dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan
toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan
> sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung
mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap
menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain
lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah
(ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut
untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi
toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang
lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi
dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh:

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui
perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang
berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin
melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang
mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang
larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit
berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang
lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula
dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi
berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism)
.
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah
menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan
tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau
sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian
lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit
jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan
tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk
terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat
kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah
pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal
penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian
kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah,
jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan
mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah
tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan
darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
:Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA

Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang
dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan
toksik dari bahagian perut.

b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di
bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di
bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK: Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT. Proses pembuangan toksin
dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang
dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang
mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses
pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah
pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan
kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta
merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di
bahagian usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di
bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan
toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah
disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang
berkaitan dengan organ-organ badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi
asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang
berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air
untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga
batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH: Fungsi hati lemah. Tekanan
darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT: Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL: Sistem penghadaman yang
lemah.


*artikel ni ana petik dr mana ntah..da luper heee (^_^)
*kita tambah ilmu je la sikit2

Monday, June 14, 2010

Pergunakanlah tanganmu Dgn baik

alhamdulillah..skrg ana dh kembali tuk update blog ni..sekian lama ana mghilangkn diri sbb bz dgn hal2 tertntu..huhu insyaAllah hari ni ana nk crita tntang tajuk d atas..

IBNU UMAR r.a. berkata bhwa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

"Jgnlah kamu sekalian makan dan minum dgn mggunakan tgn kirimu. sesubgguhnya syaitan itu makan dan minum dgn tangan kirinya."
(HR muslim, abu daud.tirmidzi,dan malik)

Memulai dgn yg kanan dari anggota bdannya yg mulia kemudian berpndah ke bhgian yg kiri. kalau seandainya Rasulullah SAW mendahulukan yg kanan dlm bersuci, maka akan sgt lebih baik bila kita juga mengikuti perilaku baginda dgn mendahulukan yg kanan pd setiap pekerjaan krna dlm diri Rasulullah yg agunglah terdapat contoh teladan yg patut kita ikuti.

wahai saudara-saudaraku, sbahagian anak kecil membiasakb dirinya dlm mggunakan anggota bdannya yg kiri shingga secara tdk disedari, mrka akan selalu mggunakan tgn kirinya ketika makan.menuliss, danjuga dlm melakukan perbuatan yg lain.

Yg paling bertanggungjawab dlm mewaspadai hal tersebut sesungguhnya adalah para pendidik. baik itu ibu bapa,mahupun guru. apabila mereka semua lalai dlm memperhatikan kebiasaan ini adalah dimulai dari didi kalian agar berupaya mgubahkebiasaan yg tdk benar di mata syariat Islam. Berjuanglah dgn gigih dlm membiasakan diri untuk memfungsikan anggota badan sebagaimana fungsinya masing2.

Yg dmaksudkan dgn perkataan "penggunaan anggota badan sebagaimana fungsinya masin-masing" sgt jelas, ertinya Allah SWT tlh menetapkan setiap anggota badan memiliki fungsi yg suci utk apa sebaik ia dgunakan.

Dgn berbagai penelitian dan percubaan, akhirnya kita memahami bhwa anak2 pd msakecilnya ketika menerima sesuatu, dgn gerakan fitrahnya dia menerima dgn menggunakan tgn kanan dan sgt sedikit skali yg menggunakan tgn kirinya.

bentuk kebiasaan d atas merupakan wasiat Rasulullah SAW krna penggunaan tgn kanan juga memiliki erti lain yg lebih luas, iaitu berupa petunjuk kpd kita agar selalu bekerja dan mencari rezeki yg halal. Hal ini dilambangkan dgn kewujudan pekerjaan dgn tgn kanan.

Sebaliknya, Nabi SAW melarangkita menggunakan tangan kiri krna tgn kiri merupakan simbol pekerjaan haram yg slalu d lakukan oleh syaitan yg terkutuk.

Benar, tgn kiri mempunyai fungsi khusus, iatu unuk membersihkan kotoran sewaktu membuang air kecil dan besar. Betapa indahnya nasihat Nabi Muhammad SAW. Oleh krna itu, ikutilah nasihat ini agar kelak kalian pd msa dewasa telah terbiasa dlm melalakukan kebaikan Sunnah Nabi SAW dan kebiasaan para hamba Allah yg mulia.