Saturday, July 31, 2010

Muslimah...TIDAK GUNA!!

"Assalamu'alaikum wbt kepada smua sahabat yg dikasihi kerna Allah swt.

Mari kita renungkan artikel khas, khusus untuk para muslimah..

"Muslimah memang tak guna..???"
Buat sahabat muslimah terutamanya.....
Tetap tenang dan teruskan membaca dengan teliti....smile

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu TIDAK GUNA kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang TIDAK GUNA rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang TIDAK GUNA minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang TIDAK GUNA kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah TIDAK GUNA masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung yang pendek, apabila memakainya diselempangkannya dan menampakkan bahagian yg sepatutnya ditutup. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang TIDAK GUNA lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lunak manja itu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang TIDAK GUNA alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam TIDAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A


"Hendaklah mereka (wanita) menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan
janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa)
nampak dari padanya. Dan hendaklah
mereka menutupkan kain tudung ke
dadanya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya (auratnya) kecuali kepada
mahram mereka.” (Surah an-Nuur 24: 31)

peringatan ni untuk ana n smua muslimah :)

kepada muslimin pula, antum boleh nasihatkan kakak, adik, ibu, nenek, saudara perempuan, teman n sesiapa saja muslimah disekeliling antum

wallahu'alam

Wahai Org2 yg Bersedih


Salam perkongsian untuk semua. Hari-hari yang kita lalui kadangkala tidak seperti yang diharapkan. Ada masa hari-hari itu sangat indah untuk dilalui, adakalanya hari itu, kesedihan, kecelaruan bertamu di hati.

Saya kongsikan kata-kata ini untuk mengubat rasa hati yang gundah gelisah.

Wahai orang-orang yang bersedih ! ALLAH telah menciptakan bagimu warna-warni bunga dan taman yang indah sebelum DIA menciptakannya bagi orang selain kamu.

Wahai kamu yang masih sakit! Sesungguhnya ALLAH menciptakan matahari, udara, air dan macam-macam makanan bagimu, sebelum bagi makhluk selainmu.

Wahai kamu yang kekurangan! ALLAH telah menciptakan berbagai makanan yang bermanfaat dan paling murah harganya bagi kamu sebelum makhluk yang lainnya.

Wahai kamu yang teraniaya! ALLAH telah menciptakan bumi yang luas bagi kamu sebelum makhluk yang lainnya.

Wahai kamu yang dizalimi! ALLAH telah menciptakan bagimu langit yang pintunya sentiasa terbuka untuk menampung semua permohonanmu, sebelum DIA menciptakannya bagi makhluk selainmu.

Wahai orang-orang yang berada di dalam kebingungan! Setiap hari ALLAH mengirimkan dali-dalilnya-NYA kepadamu, maka gunakan akalmu.

Wahai kaum Atheis! Kelemahanmu untuk membebaskan dirimu dari berbagai macam penyakit merupakan dalil bagi kewujudan penciptaMU.

Wahai para pemerhati! Apa yang ada di dalam jiwamu dan alam sekitarmu merupakan dalil bagi hikmah dan kuasaNYA, janganlah kamu menutup matamu.

Wahai orang-orang mukmin! Dalam rahsia-rahsia alam yang terungkap setiap hari merupakan dalil bagi kebenaran keyakinanmu.

(ana petik dr saudara ana jep..(^_^) jom tmbah ilmu!)

Cinta..hayatilah..

Cinta...cinta itu indah selagi kita tidak menodainya....
Cinta itu fitrah dan mmg indah dirasakan....

hayatilah dan fahamilah cerita ini.....

Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga
kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All
the best in everything you do… Jaga
diri & iman baik-baik yea~…
-Amin, UK-"

Aku mencapai telefon mobilku dan
membelek-belek SMS ucapan hari lahir
yang diterima minggu lepas. Cukup
ringkas. Namun, aku masih tertanya-
tanya mengapa Amin hanya mengirimkan
SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-
tahun sebelum ini pasti sudah ada kad
besar dan bermuzik akan tiba beberapa
hari sebelum hari lahir ku. Dah la
pakai nombor orang lain, siap tulis
nama penuh aku pula tu. Tak pernah
pula dia tulis macam ni… Ish, hati
mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang
tak baik sedang berlaku.









Adakah dia sudah ….? Argh, tak
mungkinlah! Dia dah kata takkan ….


Aku teringat ketika dia pulang bercuti
pada musim summer tahun lepas. Namun,
sebelum itu aku sudah rasa banyak
perubahan berlaku pada dirinya. Dia
telah mula banyak memberi nasihat-
nasihat baik ketika kami berhubung
samada melalui telefon, SMS, email, YM
dan juga friendster. Dan ketika itu,
aku mendapat cuti seminggu dan telah
bercadang untuk turun ke KL dengan
kakak melawat saudara-mara, dan sambil-
sambil itu bolehlah juga berjumpa
dengan si Amin. Setahun sekali tak
salah rasanya. Melepas rindu la
sedikit. 'Boring' juga kalau asyik
berhubung melalui telefon saja.
Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh
travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik
setiap hari pun boleh.


Di KL, aku telah menghubunginya dan
cuba mengajak untuk berjumpa. Dia
menolak ajakan aku untuk keluar
berjalan-jalan daripada pagi sampai ke
petang. Dia hanya boleh berjumpa
dengan ku seketika sahaja pada petang
hari. Walaupun dia beralasan sibuk,
tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana.
Nak tak nak, aku terpaksalah menerima
sahaja cadangannya. Asal boleh
berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan
petang itu kami taklah ke mana-mana
sangat. Ronda-ronda sahaja dengan
kereta Wira kesukaannya itu. Selepas
ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin
membawa aku ke sebuah restoran dan
kami makan 'early dinner' di situ.
Kemudian, satu detik yang
agak 'mengingatkan' bagi aku adalah
sewaktu kami dalam perjalanan
menghantar pulang aku ke rumah
saudaraku…


Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan
diaorang kat situ tu ye?" Amin
menunjuk-nunjuk ke arah beberapa
pasang 'couple' yang sedang lepak
berdua-duan di tempat-tempat duduk
sepanjang sebuah taman. Aku tergamam
sekejap. Huh. Agak menduga,
tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik
sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup
aurat elok. Sampai waktu solat, kita
solat. Erm… Islamik sket la pendek
cerita!."


"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.


"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin
menduga lagi.


Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya.
Kali ini aku terus diam terpaku. Aku
tahu dia lebih banyak tahu selok-belok
masalah benda-benda macam ini. Kalau
aku jawab lagi, mesti dia 'counter'
lagi. Huh. Diam sahaja lah!


"Erh, abaikan je lah. Saja je saya
tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.


Tidak lama selepas Amin terbang pulang
semula ke UK untuk menyambung sesi
pelajarannya yang baru, dia ada
menghantar satu email kepada ku untuk
menerangkan kedudukan dan tujuan dia
bertanya akan hal itu. Aku sudah mula
faham sedikit-sebanyak yang aku perlu
mengawal hubungan yang masih
tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada
itu dia tidak pernah langsung
menelefon aku. SMS pula hanya
bertanyakan tentang pelajaran sahaja.
Itu pun boleh dibilang dengan jari.
Namun, aku bersyukur dan gembira
kerana dialah yang membuat aku berubah
untuk jadi lebih baik dan lebih faham
Islam. Jika dulu pakaian aku agak
ketat dan singkat, kini sudah banyak
yang labuh dan longgar aku beli.
Tudungku pun pernah ditegurnya agar
melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang
memperkenalkan padaku apa itu usrah
dan dakwah. Dia juga ada berpesan -
'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi
penting. Insya Allah, kemudian Dia
akan jaga hubungan kita.'


Jadi, apakah yang akan berlaku selepas
ini? Hatiku masih tak tenteram
memikirkan SMS ucapan hari lahir itu.
Macam-macam sangkaan buruk bermain-
main dalam hati yang mula busuk ini.
Aku masih setia menanti kepulangannya.
Dan aku yakin dia juga setia pada aku.
Aku tak pernah memikirkan lelaki-
lelaki lain selain dia. Dan aku yakin
dia juga tak pernah nak menggatal
dengan perempuan-perempuan lain. Dia
taklah seperti kebanyakan lelaki
yang 'playboy' pada masa kini.


Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata
sedemikian.


'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS
berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free je." jawab aku
ringkas. Erm, mesti dia saja nak
buat 'surprise.' Aku dah agak dah,
takkanlah dia hantar SMS saja
untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan
aku mula bertambah. Dia masih sayang
padaku.

"Ok.Tq..." balasnya pula.


Keesokannya, aku menanti awal dia
online.

'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...


Amin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam…

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah... sihat2..=)
awak?

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman
selalu turun naik sejak kebelakagn ni…
tp takpe, ok je semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw,
thanks for the bday wish last week...

Amin: welcome… tak balik. byk kerja
sket tahun ni… lagi pun saya nak try
bekerja… cari duit...

Wani: wah, rajinnya... baguslah!

Amin: hurm...

Amin: study macam mana?

Wani: ok je... new sem ni berat sket..
Jadual pack.

Amin: oic...

Amin: takpe, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni
sebenarnya…

Amin: hurm…

Wani: apa dia? tanya la… sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm,
apa pendapat awak tentang kita
sekarang?

Wani: erh… macam awak kata dalam email
tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak
lebih daripada tu… tp, special sket…
tiada couple-couple mcm org lain…
declare pun tak kan?

Wani: so, statusnya kawan je la…

Amin: hurm…

…..

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion je la - antara
lelaki dan perempuan yg bukan mahram,
tiada perhubungan yang lebih akrab
melainkan hubungan suami isteri shj…
yg lain2.. atas alasan aper skali pun
ia tak patut diterima..


Aku tergamam seketika. Tertampar keras
juga rasanya…

Wani: jadi…

Amin: saya rasa kita harus stop… stop
untuk berpisah…

Amin: sbb……

Amin: sbb saya sedar yg semua ini
adalah salah dan juga keliru…

Amin: benda ni akan buatkan hati
ternodai… zina hati akan banyak
berlaku…

Amin: walaupun kita jauh, tak call,
tak jumpa dll, tapi hati tetap
ber’zina’…

Amin: huh…

Amin: saya bercakap itu dan ini pada
org ramai… tapi, dalam masa yang sama
saya meyelindungi sesuatu yang tak
sepatutnya saya buat…

Amin: kononya Islamik…

Amin: saya rasa cara ni tak betul…
kita sbnrnya yang dah menyarungkan
benda yg tak baik ni dgn Islam… then,
org nampak Islamik…

Amin: saya rasa takde beza pun kita
dgn org lain yg duk ber’couple2’
nieh..

Amin: hurm…..

Amin: jadi, saya rasa kita harus
berpisah…

Amin: demi menjaga diri…& sama-sama
untuk kembali harungi hidup dalam
redha Ilahi…

Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala
apa yang telah kita buat…

Amin: dan sorry juga sbb telah membawa
awak ke jalan yang lupa pada-Nya…

Amin: andai ada jodoh, moga
dipertemukan…


Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar
panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air
mata jahiliyah ku deras menitis
membahasi meja. Sedikit terpercik pada
keyboard laptop. Aku tak sangka
perkara seperti ini akan terjadi
sepantas ini. Ringkas, lembut,
berhikmah serta points-nya yang jelas
membuat aku tak dapat membantah dan
berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan
sesekali timbul rasa kesal pun ada.
Tapi, semua itu tak bermakna lagi…


Aku tak mampu lagi untuk menyambung
perbualan tersebut. Ku pasrah dan
terima sahaja keputusan yang dibuat
oleh Amin itu. Di saat ini, hanya
Allah yang bisa mendengar bisikan hati
rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon
keampunan atas segala kekeliruan yang
telah aku timbulkan. Rupanya selama
ini aku telah tertipu dengan biskan
musuh, mengikut jalan taghut,
mencampurkan halal dan haram, serta
mengandunkan yang Islam dan al-hawa…


Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul
iman yang pernah dibincangkan oleh
naqibah aku tak lama dahulu; pertama-
tama sekali mestilah mencintai Allah
dan RasulNya lebih daripada
makhlukNya, kemudian mencintai
seseorang itu hanya kerana Allah dan
akhir sekali, mesti benci untuk
kembali kepada kekufuran sebagaimana
ia benci dicampakkan dirinya ke dalam
api neraka. Dengan demikian barulah
dapat merasai kemanisan iman itu.


Hanya Allah sahajalah yang layak
memberi hidayah kepada sesiapa yang
dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan
dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan
ini dan moga-moga diringankan beban
yang kupikul ini.


Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima…
Alhamdulillah…

Wani: moga awak bahagia dan sukses
selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam.


Signed out


Aku merasakan hubungan tiga tahun yang
terbina itu memang salah pada
dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat
mewujudkan sebuah keluarga yang
menjunjung Islam jika asasnya terbina
melalui cara al-hawa? Ya, kami memang
saling menasihati dan bertazkirah,
saling mengejut Qiamulali, saling
menghantar SMS ayat-ayat Quran serta
hadis, tapi semua itu memang tak betul
caranya… Aku sedar yang kami telah
mempergunakan Islam untuk mencapai
matlamat peribadi… Astaghfirullah..
Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas
mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.




“Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak
sampai.” Ops! Tersedar daripada
lamunan kisah 15 tahun lepas itu
tatkala mendengar sahutan suamiku,
Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut
tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.


“Ya bang, Wani turun…”


Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku
menutup lid laptopku dan bergegas
turun ke bawah. Aku sudah bersedia
untuk membentangkan ‘presentation’
kepada beliawan-beliawanis negara
mengenai Cinta Remaja dalam
program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku
sangat bersyukur menjadi siapa diri
aku sekarang ini dan aku mengharapkan
belia-belia harapan negara dapat
kembali kepada cara fitrah yang
sebenar dalam menguruskan soal cinta.


(petik dr mn ntah..hee)