Thursday, June 30, 2011

Sahabat

Sahabat,
kenapa?
kenapa kamu bersedih?
cuba cerita kepada kami akan masalahmu itu..
jangan hanya mendiamkan diri..
jangan biarkan dirimu tersisih dari kami....
kita sahabat...

Sahabat,
adakah kamu punya masalah dengan Allah?
atau pelajaranmu?
atau keluargamu ?
atau cintamu terhalang?

Sahabat,
MASALAH ITU DIDIKAN ALLAH
Dengar kata kata yang ingin ku ungkapkan ini...
"Apabila diri diuji, hadapilah ia dengan tenang..."
Ungkapan yang mudah diucapkan, namun amat sukar untuk dilaksanakan..
Lebih lebih lagi sekiranya terkena pada diri sendiri..
Kekadang terfikir, semakin diri ini menjadi seorang yang baik..
Semakin kuat juga diri tertarik dengan keburukan..
Semakin diri ingin dekat kepada-NYA..
Semakin kuat diri diuji..


Sahabat,
Cinta itu indah selagi kita tidak menodainya..
Cinta itu fitrah dan memang indah dirasakan...
Namun kerana cinta kita leka..
Kerana cinta kita lalai dalam beribadah kepada Allah..
Kerana cinta kita FAILED dlm exam..
Kerana cinta tergadai semua maruah agama...


Sahabat,
Cinta Ilahi cinta sejati..
Cinta yang membawa bahagia dan ia kekal abadi..
Cinta manusia pula hanya sementara..
Cinta dunia tiada untungnya..
Cinta Ilmu pula tiada ruginya..
Untung didunia mahupun di akhirat..

Sahabat,
Kutujukan buat semua..
Mari kita sama sama renungkan..
Berangan sejenak..
Muhasabah diri kita..
Cinta mana pilihan kita..

No comments: