Saturday, October 15, 2011

Hati tertanya......


Hari ini hatiku bertanya, mengapa kelakuan mereka sebegitu?
dan aku terdiam sejenak...
Hatiku bertanya lagi, apa aku juga seperti itu?
Allah saja yang tahu..

Perlukah aku mendekatinya?
Perlukah aku menegurnya?
Perlukah aku menasihatinya?

aku diam buat seketika lagi...
aku teringat sabda Nabi SAW :

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”
(Mutafaq ‘alaih)

Hmm, maybe aku perlu berfikir terlebih dahulu sebelum mengambil tindakkan..
dan akan ku hiasi diri ini dengan kesabaran...

1 comment:

insanpelupa said...

cuba singgah.. http://keretamayat.blogspot.com

bukan blog ana, tp sekadar berkongsi