Tuesday, April 28, 2009

ISLAM AGAMA LEMAH LEMBUT

 AISHAH r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW barsabda:

"Sesungguhnya Allah mempunyai sifat lemah lembut dan menyukai kelemah lembutan dalam setiap perkara"

  Dalam pesanan Rasulullah SAW yg terdahulu kita diwajibkan untuk berlaku lemah lembut kepada keluarga. Adapun didalam pesan Rasulullah SAW berikut ini, kita diwajibkan berlaku lemah lembut dalam segala urusan kita. Mengapa? Kerana Allah SWT lemah lembut. kerana di dalam sifat lemah lembut terdapat perasaan cinta dan kasih sayang juga kerana Allah SWT memiliki sifat lemah lembut yg tinggi, sebagaimana yg disampaikan oleh Rasulallah SAW kepada kita.

  Dan ketika kalian menyebut kalimah 'ar-rafiq' yg bereti teman atau sahabat, apakah kalian mengetahui erti kalimah tersebut dan makna yg terkandung di dalamnya? Tidaklah semua teman atau sahabta itu 'ar-rifq' kerana seorg teman tidak mengikatmu bergaul, kecuali hanya dalam pergaulan di sekolah, contohnya. Dan seorg sahabat adalah org yg menemanimu di dalam langkah2 dan perjalanan mu ke mana pun engkau melangkah, baik itu kepada kebaikan maupun kejelekan dan ia berbeze dgn "siddiq".

  Siddiq dan rifq makna keduanya hampir sama, namun rifqi lebih tinggi kedudukannya kerana sesungguhnya ia menyayangi dan mencintimu. Siddiq mempunyai kedudukan yg sama, adapun danamai siddiq kerana ia membenarkanmu dalam perkataan dan perbuatan mu. Kita tidaj ingin menyimpan lebih jauh dari isi nasihat atau berperpanjang lebarkan perkataan dengan memisah-misahkan tujuannya.

  Sesungguhnya Allah SWT Maha kasih sayang, maka Allah SWT memberikan kepada kita kelemah lembutan-Nya yg menjaga dan meme lihara kita dalam setiap kehidupan kita, dari mulai bahagian terkecil manusia biji-bijian hingga kepada makhluk seluruhnya, dari awal penciptaan hingga selama-lamanya.

  Oleh kerana itu, kita diwajibkan berlaku lemah lembut dalam pergaulan kita dengan manusia, persekitaran, dan binatang. Hendaknya kita juga berlaku lemah lembut terhadap diri kita dalam setiap hal yg kita kerjakan dan kita tinggalkan sebagaimana Allah SWT berfirman:

  "Kita tidak beban kepada seseorang kecualai sesuai dengan kemampuannya."

  Kita harus berlemah lembut dengan sesama manusia, dari setiap jenis dan warna kulit dan yg berbeza umur. Kita juga harus bersikap yg sama kepada persekitaran yg diciptakan oleh Allah SWT untk kita dan yg mempermudah kehidupan kita. Demikian pula terhadap binatang-binatang.

  Dan kita sesuaikan kelemah lembutan ini dengan kaedah dan undang2 yg disyariatkan Allah SWT untuk kita di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Kita tidak boleh menyimpang dari keduanya, Al-Quran dan Sunnah atau meremehkannya. Kita juga harus menghukumi setiap tindakan dan perbuatan kita dengan akal dan fikiran




No comments: