Sunday, November 8, 2009

Jangan Kamu Hampiri Zina

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Di sini ana ada sebuah kisah untuk dijadikan teladan.

Seorang pemuda mendengar azan maghrib.Di dalam perjalanan ke masjid,pemuda itu terserempak dengan seorang wanita yang mempunyai sepasang mata yang sungguh cantik.Pemuda itu terpikat lantas mengubah niatnya ke masjid lantas untuk mengikut wanita itu.Setelah sekian lama mengikuti wanita itu.Wanita itu berhenti berjalan kerana menyedari bahawa pemuda itu mengekorinya.
"Wahai pemuda,mengapa engkau mengekoriku sejak sekian lama?"tanya wanita itu."Lelaki itu menjawab,"Aku melihat matamu sungguh memikat.Aku ingin akan kamu"."Nauzubillah,jika itu yang engkau mahukan aku ingin memohon ampun dari Allah kerna mempunyai mata yang dapat memikat lelaki".Wanita itu terus berlari menjauhi lelaki itu.
Keesokan harinya,seorang wanita tua pergi menemui pemuda itu."Aku telah diaamanahkan oleh seorang wanita untuk memberi sepasang mata ini kepadamu,"kata wanita itu sambil menghulur sepasang mata yang dilihatnya semalam.Pemuda itu sungguh terkejut."Apakah yang telah terjadi kepada wanita yang memberiku mata ini?"tanya pemuda itu.Wanita tua itu menjawab,"Dia telah kembali ke rumah sambil menangis hingga larut malam.Dia memohon ampun dari Tuhan kerna telah memikat seorang pemuda lantas mencungkil kedua biji matanya.Dan ia telah meninggal dunia semalam juga kerana amat tenat dengan keadaannya".


Pengajaran dari kisah ini ialah jangalan sesekali kita melakukan zina mahupun menghampirinya.Dan lebih baik kita bercinta selepas berkahwin dan bukan sebelum bekahwin.Seperti yang diriwayatkan oleh Hakim,Ibn Asakir,al-Dailami
من عشق فكتم وعف فمات فهو شهيد
Maksudnya:"Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya,maka dia adalah seorang yang syahid."


*kisah teladan ni ana petik dari :

No comments: