Monday, November 23, 2009

Tiga cahaya di hari kiamat...

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

· * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

· * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

· * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.


Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"
Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan
terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar
azan.
Yang kedua ialah
cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah
cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum
azan lagi."

· Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka
jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala
jengking.Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya :
"Hai Huraisy! Engkau hendak kemana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama,orang yang
meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang
tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang
derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang
bercakap tentang dunia didalam masjid.
Kelima, orang yang
suka minum arak."


Simpanlah baik2 amanat ini
sebagai peringatan kita setiap
hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

No comments: