Monday, February 14, 2011

Andai kata Rasulullah Menjadi Tetamu Kita?

Andai kata Rasulullah Menjadi Tetamu Kita?
Bayangkan apabila Rasulullah dengan keizinan Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Beliau datang dengan tersenyum dan mukanya yang bersih berada dihadapan pintu rumah kita, Apa yang akan kita lakukan? kita pasti akan sangat berbahagia, memeluk beliau seeratnya dan lantas mempersilahkan beliau masuk ke ruang tamu kita. Kemudian tentunya kita akan meminta sangat agar Rasulullah sudi tinggal beberapa hari di rumah kita.
Beliau tentu tersenyum........

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah menunggu seketika di depan pintu kerana kita teringat VCD atau Vedio game yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.

Beliau tentu tetap tersenyum........

Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang atau gambar-gambar artis pujaan yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.
Barangkali kita akan memindahkan bingkai lafaz Allah dan Muhammad yang ada di ruang samping dan kita meletakkannya di ruang tamu.

Beliau tentu tersenyum.......

Bagaimana pula apabila Rasulullah bersedia tinggal di rumah kita? Barangkali kita teringat bahawa kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW.
Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lupa dan lalai mempelajarinya.

Beliau tentu tersenyum........

Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal pula nama-nama artis, penyanyi barat dan AF (akedemik fanta***).
Barangkali kita terpaksa membersihkan satu bilik penyimpan barang menjadi ruang solat. Atau barangkali kita teringat bahawa ibu, kakak, atau adik perempuan kita di rumah tidak mempunyai pakaian yang sesuai untuk menutup aurat ketika berhadapan dengan Rasulullah.

Beliau tentu tersenyum........

Belum lagi koleksi buku-buku kita. Belum lagi koleksi keset kita. Belum lagi koleksi karaoke. Kemana kita harus memyembunyikan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang.

Beliau tentu tetap tersenyum........

Barangkali kita menjadi malu kerana pada waktu Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat berjemaah.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al-Qur'an. Malah, ada juga yang tidak pernah membacanya.
Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita.

Beliau tentu tersenyum.......

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sapu sampah yang setiap hari berjalan di depan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.

Betapa senyum beliau masih ada di situ........

Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilahkan beliau masuk dan menginap di rumah kita?

Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita penat dan malu.

Maafkan kami ya Rasulullah.........
Malunya kami kepada mu...


Tapi.....
Masihkah beliau tersenyum?

Senyum pilu, senyum sedih atau senyum getir........?

Ya Allah! betapa memalukan kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah........

Maafkan kami ya Rasulullah.. diri mu terlalu mencintai ummat mu,
Sedangkan kami ummat mu?? Mungkin melupakan mu...
Maafkan kami ya Rasulullah...!

No comments: