Friday, July 15, 2011

Muslimah Sejati Ibarat Pohon Semalu


Tika dahulu kala, ada seorang pemuda bermadah kepadaku, "Muslimah Sejati ibarat pohon semalu,............" dan aku tertanya-tanya, apa maksudnya...diriku terdiam sejenak, sekarang baru aku tahu apa itu erti disebalik madah tersebut...terima kasih Akhi S ...disebalik kalam, tersembunyi sesuatu yang indah buat wanita dan juga buat diriku... = )

-----------------------------------------------------

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,
Sayidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslimah.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Insya-Allah.

5 comments:

Aliff. Syien 13 said...

Muslimah sejati tak pernah mencari cinta yang rapuh lagi menipu diri...sebaliknya, cari keredhaan Ilahi...itu yang hakiki....

Anonymous said...

Namun muslimah sejati juga seorang manusia biasa yg fitrahnya pernah khilaf. Kadang2 cinta yg rapuh tu dtg menyapa.. hakikat diri yg lemah terus dibuai leka dan tanpa berfikir terus menyambut sapaan cinta rapuh tu. Tapi fitrah manusia juga adalah kebaikan dan perlukan cinta hakiki. Muslimah yg sejati akan sentiasa berusaha mencari nilai yg sejati dan hakiki. Tak siapa yg layak menuding jari dan menyalahkan satu sama lain, kerana semua manusia itu sama.

Aliff. Syien 13 said...

jadi, mengapa masih memandang pada cinta yang rapuh lagi menipu mata, sedangkan kekhilafan silam mengajar erti cinta yang sebenar??~Just be a go0d Muslimah...I'm very hope that you'll be one of the most precious flower among the great Muslimah..~(-_-)

Anonymous said...

Wallahu a'lam. Tu persoalan hati, hny Allah mengetahui. Siapa kita nak menduga2 hati org lain. Pd pandangan ana, faktor nya berbagai. Salah satunya mgkin, hati yg masih tak berupaya nk ikhlaskan hati dlm mujahadah. Masih tak redha dgn ketentuan Allah yg menetapkan segala. Dan syaitan yg berhasil menjalankan misinya. Faktor lain pun ada MUNGKIN. Mungkin,ana hny menduga bukan memberi fakta. Tp apa pun, hny Allah dan pemilik hati tuan pny laman LUAHAN HATI ni. Akal ana tak mampu menyelami perasaan di sudut kalbu seseorg. Salah bicara, merana tak sudah~

Ukhti A said...

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yaang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang..”

Al-Hujuraat ayat 12